CY2000 : Pengenalan

CY2000 Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang memperkenalkan satu konsep yang segar dan memenuhi kriteria yang amat diperlukan oleh sesebuah perniagaan dalam pada menembusi kehendak pasaran. Setelah menjalankan pelbagai kajian terhadap pasaran, produk, kehendak pengguna dan juga dalam bidang sains kesihatan menggunakan sumber semulajadi, CY2000 kini bersedia untuk mencetuskan fenomena di Malaysia. Hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan dan memperbaharui konsep jualan langsung yang sedia wujud, CY2000 kini memperkenalkan satu konsep pemasaran di mana mensasarkan PRODUK KESIHATAN YANG BERKUALITI DENGAN HARGA YANG MURAH.  Sukar dipercayai namun ini adalah visi dan misi CY2000 untuk mendorong semua rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang sihat.


Demi untuk menjayakan visi dan misi ini, kami di CY2000 Service Centre cawangan Gombak bersedia memberi perkhidmatan sepenuhnya kepada ahli-ahli CY2000 dan juga para pengguna di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti urusan pendaftaran ahli baru, jualan produk kesihatan , penebusan mata ganjaran, taklimat peluang perniagaan, khidmat pelanggan dan kami juga menyediakan perkhidmatan pembelian secara online untuk ahli serta pengguna yang berada di luar Kuala Lumpur. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau informasi. 


0 comments:

Post a Comment